7-Zip 23.09
29.11.2024
7-Zip 24.08
11.08.2024
7-Zip 24.07
19.06.2024
ChangeLog 7-Zip

Format 7z

7z adalah format arkib baru, yang memberikan nisbah mampatan yang tinggi.

Ciri-ciri utama format 7z:

7z mempunyai seni bina terbuka, jadi ia boleh menyokong kaedah mampatan yang baru. Kini kaedah berikut di integrasikan dengan 7z:

Kaedah Keterangan
LZMA Algoritma LZ77 yang diperbaiki dan dioptimumkan
LZMA2 Versi LZMA yang diperbaiki
PPMD Dmitry Shkarin PPMdH dengan perubahan kecil
BCJ Penukaran untuk perlaksanaan x86 32-bit
BCJ2 Penukaran untuk perlaksanaan x86 32-bit
BZip2 Algoritma Standard BWT
Deflate Algoritma berasaskan Standard LZ77

LZMA adalah kaedah standard dan umum format 7z. Ciri-ciri utama kaedah LZMA:

Algoritma pemampatan LZMA sangat sesuai untuk aplikasi terbenam. LZMA dikeluarkan di bawah syarat-syarat GNPL LGPL. LZMA di ekluarkan di bawah lesen proprietari bagi mereka yang tidak boleh menggunakan GNU LGPL dalam kod mereka. Jika anda mahu menggunakan kod LZMA, anda boleh meminta rundingcara, pengaturcaraan kod ubahsuai dan lesen pemaju yang diperlukan dari halaman sokongan: Hantar mesej kepada pemaju LZMA. Semak juga maklumat mengenai SDK LZMA.

7-Zip juga menyokong penyulitan dengan algoritma AES-256. Algoritma ini menggunakan kekunci cipher sepanjang 256 bit. Untuk membuat kunci tersebut,7-Zip menggunakan fungsi terbitan berdasarkan algoritma hash SHA-256. Fungsi terbitan utama menghasilkan kunci yang berasal dari kata laluan teks yang ditakrifkan oleh pengguna. Untuk meningkatkan kos carian menyeluruh untuk kata laluan. 7-Zip menggunakan bilangan penambahbaikan yang banyak untuk menghasilkan kunci cipher dari kata laluan teks.

7z merupakan sebahagian daripada program 7-Zip yang diedarkan di bawah GNPL LGPL. Anda boleh memuat turun sumber 7-Zip dan binari dari Halaman Muat turun.

Aplikasi yang menyokong arkib 7z: WinRAR, PowerArchiver, TUGZip, IZArc.

Pautan: